Sukan Hari Ini

Penyokong ramal Yeop berdepan laluan sukar

PENYOKONG Perak meramalkan skuad The Bos Gaurus bakal berdepan laluan sukar pada aksi Liga Super berdepan T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini, lapor SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Kru yob4ever.com, Muhammad Nurazam Ab Rahman berkata, masalah kecederaan beberapa tonggak utama juga dilihat bakal merencatkan lagi percaturan taktikal skuad Kejor Yeop Skor itu bagi berdepan T-Team yang pastinya akan beraksi penuh semangat untuk meraih tiga mata berharga di depan penyokong sendiri.

Bagaimanapun katanya, ketua jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang pastinya sudah merangka pelan tersendiri bagi pertemuan berkenaan demi memastikan skuad Seladang tidak keciciran mata dalam saingan Liga Super musim ini.

“Bertemu T-Team yang masih segar dengan kemenangan ke atas Kedah baru-baru ini, Perak perlu berhati-hati, terutamanya dengan bias pemain import, Makan Konate yang dilihat sangat tajam apabila berada di depan gol.

“Selain itu, agak sukar bagi Weigang apabila berhadapan dengan situasi jadual padat yang menguji ketahanan fizikal pemain.

“Apa pun, paling penting Perak perlu melupakan kekalahan bertemu PKNS dalam saingan Piala Malaysia baru-baru ini dan kembali bangkit malam ini.

“Saya meramalkan keputusan Perak bakal menang dengan jaringan 2-1,” katanya kepada Sinar Harian.

Naib Presiden Perak Legendary Fans (PLF), Redzuan Alias berkata, kemenangan ke atas Kedah baru-baru ini dilihat memberi kelebihan moral bagi kesebelasan T-Team.

Justeru katanya, semua pemain terutamanya beberapa pemain utama diharap sempat sembuh daripada kecederaan dan dapat beraksi malam ini.

“T-Team dilihat memiliki kelebihan dari segi moral. Diharap dengan kehadiran semula pemain utama dapat membantu mengukuhkan lagi cabaran Perak,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");