Sukan Hari Ini

‘Perkembangan positif’

Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang mengakui terdapat perkembangan positif selepas pertemuannya bersama Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman, malam tadi.

Menurut atlet kelahiran Dungun itu, perjumpaan berkenaan adalah lebih kepada pertanyaan dan perkongsian cerita dengan lebih dekat.

Azizulhasni menerusi entri di Facebook selepas memenangi gangsa di Olimpik Rio minggu lalu, ‘menyindir’ Ahmad Razif kerana tidak menghulurkan bantuan apabila permintaannya untuk mendapatkan roadbike bagi menghadapi Olimpik tidak dipenuhi.

“Saya tidak boleh mendedahkan secara terperinci. Apa yang boleh saya katakan, saya dapat menyampaikan maklumat secara terus kepada beliau. Terdapat perkembangan positif walaupun perkara itu tidak selesai sepenuhnya.

“Beliau turut menjelaskan apa yang berlaku dari sebelah pihaknya, begitu juga saya,” jelas Azizulhasni.

Tambah The Pocket Rocket Man, perbincangan lebih lanjut akan dilakukan apabila dia pulang ke Terengganu dalam masa terdekat.

Ahmad Razif dan Azizulhasni bertemu ketika makan malam bersama atlet Terengganu yang ke Sukan Olimpik Rio termasuk pelumba basikal trek Fatehah Mustapa dan atlet angkat berat, Hafifi Mansor.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");