Berita Hari Ini

Perkukuh hubungan Malaysia-Palestin

Putrajaya: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Menteri Luar Palestin Dr Riad Malki di pejabatnya, di sini, semalam.

Pertemuan setengah jam itu turut diiringi isteri Dr Riad, Suha Fayez Abdelrahman Abukhalaf selain dua pegawai dari Kementerian Luar Palestin iaitu Dr Mazen Shamiyah dan Ahlam Hijazi.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan semalam berkata, Dr Riad berada di Malaysia bagi mewakili Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bermula semalam hingga esok.

Menurutnya, pertemuan itu bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala bagi kedua-dua negara.

“Sejak 50 tahun lalu, Malaysia teguh menyuarakan sokongan bagi mengembalikan hak rakyat Palestin dalam pelbagai forum antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan ASEAN.

“Malaysia secara konsisten membantu dan menyumbang kepada Palestin dalam bentuk wang tunai dan barangan bagi mengurangkan penderitaan rakyat Palestin yang hidup di bawah pendudukan haram Israel melalui pelbagai organisasi seperti PBB, OIC, kerajaan dengan kerajaan (G2G) dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Selain itu katanya, Malaysia turut terbabit dalam empat projek kemanusiaan di Gaza termasuk pembinaan bangunan kementerian, masjid, sekolah dan baik pulih hospital.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");