Perak Hari Ini

Piala Presiden PAFA Ruang Cungkil Potensi Anak Perak

IPOH:Kejohanan bolasepak peringkat negeri atau lebih dikenali sebagai Piala Presiden PAFA terbukti sehinga kini antara medium pendekatan bagi mengenalpasti serta mencungkil bakat pemain baharu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan juga merangkap Bendahari PAFA, Datuk Azhar Ahmad ia jelas terbukti apabila apabila PAFA berjaya melahirkan barisan pemain tempatan yang mewakili negara.

“Piala Presiden PAFA adalah ruang bagi mencungkil bakat anak Perak yang berada di setiap pelosok daerah masing-masing.

“Dahulu Perak banyak melahirkan pemain tempatan yang ternama seperti Azizol Abu Hanifah dicungkil daripada piala di antara daerah, Karim Peng dan ramai lagi yang asalnya hanya bermain di peringkat daerah dan berjaya diketengahkan ke peringkat tertinggi sehingga menjadi pemain pasukan negara,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.

Katanya menerusi penganjuran pertandingan sebegini pihak PAFA akan melantik pemerhati bebas bagi melihat potensi setiap pemain untuk disenaraikan dalam pemilihan berpusat kelak.

“Kini corak pertandingan ini turut berubah apabila Presiden bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan selain daripada pemberian pemberian subsidi (duit saguhati kepada pasukan) bagi meringankan beban pasukan,” katanya.

Tambah Azhar lagi, hasrat utama PAFA adalah bagi memeriahkan penyertaan pasukan pasukan yang bertanding juga membantu meringan bebanan yang ditanggung mereka.

Terdahulu, beliau turut mengumumkan penganjuran kejohanan Piala Presiden PAFA 2016 yang membuka tirainya pada 20 Ogos ini iaitu melibatkan penyertaan daripada 14 pasukan bagi setiap daerah di negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");