Sukan Hari Ini

PKNS waspada bisa Ronaldinho

Kuala Lumpur: “Dia tahu mengenai pasukan PKNS dan dia memang seorang pemain yang bahaya, jadi kami kena berhati-hati,” kata pengendali PKNS FC E Elavarasan mengenai kehadiran penyerang mereka yang dipinjamkan ke Selangor Patrick Ronaldinho dalam pertemuan aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.

Selepas PKNS FC layak ke suku akhir bertemu juara bertahan Selangor, timbul isu sama ada Ronaldinho dibenarkan bermain kerana didakwa terdapat perjanjian dalam kontrak pinjamannya ke Selangor untuk tidak boleh diturunkan jika menentang kelab asalnya.

Bagaimanapun, perkara itu berjaya diselesaikan dengan kedua-dua pihak mengesahkan penyerang import Liberia itu dibenarkan beraksi menentang PKNS.

“Prestasi Ronaldinho ketika ini sangat baik dan kita kenal dia kerana pernah berlatih bersama sebelum ini jadi sudah pasti dia boleh memberikan masalah kepada pasukan kami,” kata Elavarasan.

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan untuk PKNS melangkah jauh dalam saingan Piala Malaysia selepas kelab dari Liga Perdana itu mara ke final Piala FA tahun ini sebelum tumpas kepada Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

Jelas Elavarasan, pengalaman dalam kempen Piala FA akan digunakan sebaik mungkin anak buahnya untuk mencapai keputusan baik di Piala Malaysia.

“Kita tahu Selangor pasukan yang bagus, mempunyai tradisi dalam Piala Malaysia dan juga juara bertahan jadi ia bukan mudah untuk kami.

“Bermain di gelanggang lawan bukan masalah buat kami kerana kami sudah biasa dalam saingan Piala FA sebelum ini jadi kami sudah lebih berpengalaman,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");