Perak Hari Ini

PKR Hanya Mempergunakan DAP-Hamzah Zainuddin

SELAMA: PKR dilihat seolah mempergunakan DAP di Selangor namun sebaliknya parti itu tidak mempedulikan permintaan DAP berhubung cadangan untuk mengadakan Pilihanraya Negeri di Pulau Pinang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata DAP telah memilih untuk mengadakan pilihanraya kecil sebagai strategi untuk meletakkan calon baharu menggantikan Lim Guan Eng namun tidak dipersetujui oleh parti komponennya.

“Mereka tidak mengambil kira mengenai parti komponen yang lain kerana apabila PKR mengambil kira kedudukan mereka di Pulau Pinang, mereka sedar bahawa mereka tidak bersedia menghadapi pilihanraya.

“Ia jelas menunjukkan parti pembangkang seperti kumpulan yang tinggal satu rumah tetapi tidak boleh duduk semeja untuk mengadakan perbincangan,” katanya ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Larut disini hari ini.

PERAK TODAY 3

Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut menambah tindakan PKR ketika ingin melakukan pilihanraya di Permatang Pauh dan Kajang tidak pernah meminta DAP untuk bersetuju mengenainya.

“Penyokong DAP sama ada daripada kaum Cina perlu ingat
PKR hanya bergabung dengan mereka kerana kepentingan sendiri sahaja,” katanya lanjut.

Katanya kekuatan DAP yang ada apabila PKR membayangkan seolah-olah mendapat sokongan orang Melayu tapi bila sampai masanya mereka tidak mampu mendapat sokongan orang Melayu Pulau Pinang jadi mereka tidak bersetuju.

“Mereka hanya mempergunakan DAP atas kepentingan kedudukan mereka semata.

PERAK TODAY 2

“Kumpulan pembangkang adalah satu kumpulan yang boleh melakukan sesuatu demi untuk kepentingan semata.

“Berbeza denga Parti BN ditubuhkan hanya untuk kepentingan rakyat, bukannya bersifat individu,” katanya.

Jelasnya, pakatan pembangkang sekadar kumpulan yang hanya inginkan kuasa tetapi langsung tidak mempunyai Pakatan yang sebenar.

“PKR gunakan DAP di Selangor boleh melakukan apa sahaja tanpa persetujuan DAP dan di Pulau Pinang DAP perlu persetujuan PKR tetapi mereka tidak mempedulikannya,”ujarnya.

Jelasnya lagi pembangkang seolah memperjuangkan kepentingan ‘anak beranak’ malah ia berkemungkinan PKR mula menyedarinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");