Sukan Hari Ini

Pogba Terbang Ke Eropah Untuk Muktamadkan Perpindahan Ke Old Trafford

PAUL Pogba dijangka berada di England minggu ini bagi memuktamadkan perpindahannya ke Old Trafford.

Pemain berusia 23 tahun itu memuatnaik gambarnya berada di dalam kapal terbang untuk kembali ke Eropah di laman Instagram miliknya.

Pogba dilaporkan bercuti di Las Vegas tetapi bersedia untuk kembali beraksi bersama Red Devils selepas cuti rehat musim panas.

Gambar terbaharu itu sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa perpindahan itu akan menjadikan Pogba sebagai pemain termahal di dunia.

Perpindahannya dijangka bernilai 112 juta pound.

Penyokong United sering memantau aktiviti Pogba menerusi laman media sosialnya kerana tidak mahu terlepas perkembangan terbaharu mengenai perpindahannya ke Old Trafford.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");