Berita Hari Ini

Polarisasi kaum angkara raih sokongan politik

KUALA LUMPUR: Polarisasi kaum di negara ini semakin meruncing kerana elemen cauvinisme dijadikan modal segelintir pihak untuk meraih sokongan politik.

Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, berkata pola itu tercetus pasca pilihan raya tahun 2008 yang mewujudkan jurang perpaduan antara kaum.

“Ia adalah punca mengapa pelbagai usaha kerajaan untuk merapatkan semula perpaduan antara kaum di Malaysia ketika ini berdepan kesukaran.

“Pola tidak sihat ini terus menular sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada tahun 2013 sehingga menyaksikan berlakunya tsunami politik yang mengubah aliran pengundian,” katanya,hari ini.

Beliau berkata demikian dalam forum Bicara BH bertajuk ‘Perpaduan Semakin Rapuh: Apa Yang Silap?’ anjuran bersama BH dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Forum dikendalikan Pengarah Institut Pemikiran Dr Mahathir (IPDM) UUM, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Panel lain yang diundang untuk membincangkan tajuk berkenaan adalah Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk L Gandesan.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");