Jenayah

Polis buru 6 lelaki terlibat pergaduhan di Ipoh

IPOH – Polis kini memburu enam lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan dan membakar sebuah kereta di sebuah pusat hiburan di Taman Medan Ipoh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kesemua lelaki berkenaan masuk ke dalam pusat hiburan kira-kira jam 5.30 pagi dan ketika itu mangsa bersama rakan-rakannya sedang berhibur.

“Seorang rakan mangsa telah terpijak kaki seorang daripada suspek berkenaan dan memohon maaf namun lelaki itu memarahinya serta bertindak menyerang rakan mangsa.

“Mangsa yang berusia 30 tahun itu terus keluar dari pusat hiburan berkenaan dan masuk ke dalam keretanya. Bagaimanapun, ketika hendak beredar keretanya telah dihalang oleh sebuah kenderaan yang dinaiki empat lelaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Chang Keong berkata, kesemua suspek bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dan dia terpaksa melarikan diri ke dalam pusat hiburan berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Menurutnya, sejam selepas kejadian, mangsa keluar dari pusat hiburan itu dan mendapati keretanya telah terbakar keseluruhannya serta terbalik.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak benar berkaitan kes ini,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");