Jenayah

‘Polis’ jahat tertidur pula

Subang Jaya: Seorang penjenayah yang gemar memeras ugut dengan menyamar sebagai pegawai polis akhirnya diberkas ketika sedang tidur ‘mati’ di dalam kereta.

Suspek berusia 37 tahun itu dikesan gemar memakai jaket tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain turut membawa pistol palsu untuk menggertak mangsa.

Sumber polis berkata, suspek diberkas dua anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berhampiran USJ 12 di sini, jam 8.30 malam kelmarin.

Menurutnya, suspek sebelum itu dilihat berada di dalam kereta yang diletakkan di bahu jalan.

“Suspek kemudian dikejutkan dari tidur sebelum polis melakukan pemeriksaan pada lelaki itu.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan milik suspek menemui jaket tertera logo PDRM, baju seragam polis dan besi panjang diletakkan di dalam bonet kereta,” katanya.

Sumber berkata, polis juga menemui sepucuk pistol mainan, satu peket dadah disyaki syabu dan dua pasport milik warga asing.

“Suspek yang disoal siasat mengaku melakukan kegiatan peras ugut terhadap warga asing di sekitar daerah ini.

“Siasatan juga mendapati suspek bukan seorang anggota polis dan mendapatkan peralatan berkenaan daripada kedai menjual pakaian seragam,” katanya.

Sumber berkata, suspek kini ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 89 Akta Polis dan Seksyen 36 Akta Senjatapi 1960,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");