Sukan Hari Ini

Prestasi atlet meningkat

Kuching: Edisi ke-18 Sukan Malaysia (SUKMA) yang melabuhkan tirainya secara rasmi semalam bukan saja menyaksikan dominasi Selangor muncul juara keseluruhan, malah turut menyaksikan peningkatan prestasi atlet negeri dan negara.

Buktinya, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, untuk edisi kali ini, sebanyak 57 rekod kejohanan berjaya diperbaharui selain enam rekod kebangsaan.

Jumlah berkenaan katanya, adalah paling banyak berbanding penganjuran temasya sama pada edisi terdahulu termasuklah pada SUKMA 2014 di Perlis.

“Untuk SUKMA kali ini, sebanyak 57 rekod dipecahkan berbanding kira-kira 30 saja pada edisi 2014, iaitu tambahan hampir 27 rekod baru.

“Ini adalah satu angka yang besar dan untuk rekod kebangsaan pula menyamai jumlah pada 2014 tetapi kali ini, ia membabitkan lebih banyak sukan.

“Prestasi atlet remaja juga lebih baik pada SUKMA kali ini sekali gus menunjukkan program latihan persediaan dalam tempoh dua tahun bermula 2014 berjalan dengan lancar,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");