Perak Hari Ini

Program Permukiman: Kaedah Terbaik Dekati Rakyat

KUBU GAJAH: Program permukiman yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak merupakan antara kaedah terbaik untuk mendekati rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia terbukti apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengiktiraf program berkenaan yang ternyata boleh dijadikan contoh oleh negeri lain.

“Beliau (Perdana Menteri) juga menyuarakan bahawa ini pendekatan yang terbaik bagi kita mendekati dan bersama-sama dengan rakyat dalam proses untuk menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan juga memantau berkenaan projek-projek atau segala kelulusan yang telah dijanjikan oleh Kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri.

PERAK TODAY 4

 

“Perdana Menteri juga mahu konsep permukiman ini digunakan di negeri lain iaitu bagaimana Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri turun bersama-sama serta bertindak sebagai pusat sehenti terbuka. Bila orang ramai datang dan luahkan masalah, kita menyelesaikannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Pekerti dan Mini Karnival YBUDR @ Felda sempena Pemukiman Parlimen Larut di Dewan Semai Bakti, Felda Ijok di sini, hari ini.

Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Alias.

PERAK TODAY 11

Zambry berkata, program berkenaan bukanlah sesuatu yang baharu berikutan ia telah dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

“Program ini bukan baru… kita telah lakukan sejak sebelum pilihan raya yang lalu dan kita meneruskan tradisi ini tetapi kali ini lebih panjang masanya kita tinggal dalam satu-satu kawasan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zambry berkata, melalui program itu juga beliau dapat memantau segala projek yang dijanjikan semasa PRU dahulu sama ada ianya telah dilaksanakan atau sebaliknya.

“Pada hari ini saya datang untuk melihat segala janji-janji yang telah pun kita berikan kepada rakyat sebelum PRU13 yang lalu sama ada dah dilaksanakan atau belum.

PERAK TODAY 17

“Saya berada di kawasan Sungai Bayor untuk melihat janji membina jambatan yang menghubungkan Kampung Sg Siputeh dengan Teluk Mas dan ianya telah siap serta saya telah rasmikan jambatan dengan kos RM3.8 juta itu.

“Di Kawasan Felda Ijok pula, janji yang telah diberikan sebelum PRU13 lalu untuk kita bina mini stadium (Astaka), dewan dan komplek peniagaan. Tiga komponen ini telah dilaksanakan dan hari ini kita merasmikan kawasan ini yang melibatkan kos RM4.3 juta.

“Ini adalah sebahagian daripada proses permukiman ini bagi saya memastikan dan memantau perkara-perkara yang dibuat, sedang dilaksanakan atau yang telah pun dilaksanakan sejauh mana projek-projek yang telah kita janjikan itu dapat dilaksanakan,” katanya lagi.

PERAK TODAY 3

Zambry turut menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan segala pelaksanaan projek yang diberikan untuk kemudahan rakyat tersebut.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai projek membaik pulih jalan yang menghubungkan Jalan Batu Kurau -Redang Panjang.

Ujarnya projek yang melibatkan jarak sejauh 15 kilometer dan menelan belanja kira-kira RM8 juta itu dijangka siap pada penghujung tahun ini.

“Ia memastikan keselesaan pengguna jalan raya dan memberikan manfaat kepada 16,000 penduduk di sekitar kawasan ini,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");