Sukan Hari Ini

Pulapol Kuala Lumpur kekal kejuaraan

PASUKAN Pulapol Kuala Lumpur mudah membenam Bukit Aman 9-2 untuk mempertahankan Kejohanan Piala Hoki Ketua Polis Negara (KPN) bagi tahun kedua berturut-turut di sini.

Lebih membanggakan, Muhammad Razie Abd Rahim pemain nombor 17 pasukan itu dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang kejohanan dengan jumlah 20 jaringan dalam lima perlawanan.

Jurulatih Pulapol KL, Zulkifli Omar berkata, kemenangan itu hasil kerja keras pasukan yang diwakili pemain berusia antara 24 dan 43 tahun menjalani latihan dua jam setiap hari sejak sebulan yang lalu, ekoran kesibukan dalam menjalani latihan kepolisan.

“Kerjasama, komunikasi dan semangat berpasukan yang kuat juga faktor utama kejayaan pasukan. Kami sentiasa diingatkan bahawa hoki bukan permainan individu.

Konsep live together, learn together and win together’(hidup bersama, belajar bersama dan menang bersama) diterapkan dalam jiwa semua pemain.

“Semangat ini yang membolehkan kami menang semua lima perlawanan,” katanya selepas acara penyampaian hadiah kejohanan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Sharif di Stadium Hoki Indera Mahkota di sini, semalam.

Zulkifli menambah kehadiran dua pemain hoki kebangsaan iaitu Muhammad Razie dan Nabil Fiqri Mohammad Noor turut memperkasakan Pulapol KL selain turut mendapat khidmat bekas pemain negara Asisten Superintenden William Lazaro sebagai pengurus pasukan.

Pada perlawanan itu, dua pemain Bukit Aman dinamakan sebagai Pemain Terbaik iaitu Mohd Fitri Abd Manan manakala penjaring gol mereka Mohideen Abd Kadir dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");