Jenayah

‘Pusher’ sorok dadah dalam sarung kaki

SERDANG – Polis menahan seorang warga Pakistan yang bertindak sebagai ‘pusher’ dan menemui tiga kilogram dadah bernilai hampir RM180,000 yang disembunyikan dalam sarung kakinya, 24 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, menahan seorang lelaki di tepi jalan berhampiran sebuah hotel di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban kira-kira jam 9.30 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis menemui dua bungkusan dibalut pita pelekat mengandungi sekilogram dadah jenis heroin.

Beliau berkata, suspek mengikat bungkusan di kedua-dua belah kakinya dan menutupnya dengan sarung kaki bagi mengelak dikesan.

“Siasatan lanjut polis menemui dua kilogram dadah disorok dalam bilik hotel dihuni suspek berusia 35 tahun itu. Suspek didapati baru masuk ke negara ini dua hari sebelum ditahan, hasil semakan juga mendapati dia sudah tiga kali keluar masuk ke negara ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");