Jenayah

Putus kaki kanan

Alor Gajah: Penunggang motosikal berusia 36 tahun putus kaki kanan selepas kemalangan dengan kereta di Jalan Solok Duku-Tanjung Bidara, 10.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Razak berkata, sebelum kemalangan mangsa dalam perjalanan ke Tanjung Bidara.

“Ketika sampai di lokasi kejadian kereta terbabit hilang kawalan dan berlanggar dengan motosikal ditunggang mangsa.

“Kaki kanan lelaki terbabit dari paras lutut ke bawah putus, dan anggota badan itu ditemui berhampiran mangsa dan dibawa bersama ke hospital,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada pemandu kereta terbabit bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");