Panasnya Hari Ini

Rafidah Nafi Terlibat Dalam Mana-Mana Komplot

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini menafikan beliau terlibat dalam mana-mana komplot untuk menjatuhkan seseorang dan usaha untuk mengambil alih kerajaan.

Sebaliknya, Rafidah berkata, beliau kini hanya memikirkan apakah yang bakal terjadi terhadap negara ini.

“Saya tidak bersama-sama dengan mana-mana komplot yang merancang untuk menjatuhkan sesiapa atau cubaan untuk mengambil alih kerajaan.

“Saya kini bersendirian di rumah memikirkan betapa dahsyatnya negara saya sekarang,”katanya menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya.

Ujarnya lagi, rakyat pada hari ini menyaksikan kerosakan yang berlaku terhadap apa yang dibina dengan bersusah payah selama ini.

“Rakyat melihat akan kerosakan sistem serta institusi. Kita dapat lihat mereka yang diamanahkan jawatan kelihatannya mencabuli kepercayaan itu. Kita juga dapat lihat golongan muda turut kecewa.

“Apa yang dibina dengan susah payah sebelum ini telah dihakis dan dirosakkan malah negara kita telah mula masuk senarai paling buruk dan negatif di dunia,”ujarnya.

Menerusi kenyataan itu juga, Rafidah turut mengulas mengenai pelbagai bentuk undang-undang yang digubal bagi ‘membentuk’ rakyat negara ini.

“Ia menunjukkan betapa buruknya keadaan sekarang apabila kita tak mampu mengurus diri sendiri tapi perlukan segala bentuk ‘undang-undang’ untuk digubal,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");