Berita Hari Ini

Rakyat terpaksa tanggung beban

KUALA LUMPUR – “Masalah sampah di Selangor menunjukkan kerajaan negeri yang tak pandai (mengurus) tapi nak memandai-mandai,” kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar.

Beliau mengulas berhubung laporan Sinar Harian berkaitan masalah kutipan sampah yang membelenggu rakyat Selangor berpunca daripada kontraktor yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, tindakan Kerajaan Selangor yang dari awal menolak Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) menyebabkan rakyat Selangor menanggung beban disebabkan pengurusan sampah yang tidak sempurna.

“Kerajaan Selangor tidak ada pengalaman dalam pentadbiran kerajaan, kemudian apabila kita nak bantu kerajaan negeri, mereka lihat ia bantuan politik. Mereka lebih memikirkan soal politik. Akhirnya yang rugi adalah rakyat Selangor.

“Selangor tidak terima akta itu menunjukkan dia tidak dapat sumbangan daripada kerajaan persekutuan. Sedangkan RM2.2 bilion kerajaan sediakan setahun, kita bantu negeri yang terlibat,” katanya.

Noh menambah, walaupun terdapat beberapa negeri lain yang tidak menerima pakai akta berkenaan, keadaan sampah tidak seteruk di Selangor.

“Apabila tidak terlibat dengan akta, segala kemudahan dan program yang dibuat kerajaan persekutuan tidak dapat dimanfaatkan Selangor. Contoh program pengasingan ini, kita beri lebih 1 juta tong sampah kepada penduduk. Tapi orang Selangor tidak dapat kerana mereka tidak masuk bawah akta ini.

“Alasan mereka dulu, syarikat konsesi yang terlibat iaitu Alam Flora, dikaitkan dengan kroni Umno, sebab tu tak nak terlibat. Bila tidak mahu terlibat dan mereka mahu lantik kontraktor sendiri jadi segala urusan sampah diuruskan kerajaan negeri,” katanya.

Bagaimanapun ujar beliau, selaku anak Selangor, beliau akan cuba membantu masalah berkenaan terutamanya di kawasan projek perumahan rakyat (PPR).

“Kita akan bantu untuk berikan kesejahteraan hidup untuk penghuni PPR dengan membuat transformasi untuk kawasan terbabit.

“Ia akan fokus semua aspek. Kemudahan lif, serta persekitarannya agar mereka dapat menikmati hidup lebih selesa.

“Perkara ini dalam proses dan akan laksanakan dalam masa terdekat. Jawatankuasa pun telah dilantik,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");