Sukan Hari Ini

Rashford Dipanggil Perkuat Skuad B-21 England

PENYERANG Manchester United, Marcus Rashford dinamakan dalam skuad Bawah 21 tahun (B-21) England untuk aksi kelayakan Euro 2017 bertemu Norway pada 6 September ini.

Rashford diturunkan dua kali dari bangku simpanan sewaktu membantu pasukan senior untuk kempen Euro 2016.

Pemain berusia 18 tahun itu tidak pernah disenaraikan dalam skuad B-21 tahun sebelum ini.

Pasukan Gareth Southgate yang memenangi Kejohanan Toulon buat pertama kalinya sejak 1994 apabila menundukkan Perancis 2-1 pada aksi final, Mei lalu itu menduduki kedudukan teratas pasukan dalam aksi kelayakan selepas lima perlawanan.

Rashford menjadi pemain termuda menjaringkan gol untuk England ketika menentang Australia pada Mei lalu pada usia 18 tahun.

Dia menjaringkan lapan gol dalam 18 penampilan bersama United musim lalu tetapi masih belum diturunkan ketika dibawah kendalian pengurus baharu, Jose Mourinho.

Senarai pemain:

Penjaga gol: Angus Gunn (Manchester City), Jordan Pickford (Sunderland), Joe Wildsmith (Sheffield Wednesday)

Pemain pertahanan: Calum Chambers (Arsenal), Ben Chilwell (Leicester), Brendan Galloway (West Brom, loan from Everton), Kortney Hause (Wolves), Rob Holding (Arsenal), Mason Holgate (Everton), Dominic Iorfa (Wolves), Matt Targett (Southampton)

Pemain tengah: Lewis Baker (Vitesse Arnhem, loan from Chelsea), Nathaniel Chalobah (Chelsea), Isaac Hayden (Newcastle), Will Hughes (Derby), Ruben Loftus-Cheek (Chelsea), John Swift (Reading), James Ward-Prowse (Southampton)

Penyerang: Demarai Gray (Leicester), Jack Grealish (Aston Villa), Marcus Rashford (Manchester United), Nathan Redmond (Southampton), Dominic Solanke (Chelsea), Duncan Watmore (Sunderland)-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");