Sukan Hari Ini

Real Madrid Sedia Lepas Jese Rodriguez Kepada PSG Dengan £21 Juta

PARIS Saint-Germain telah mempersetujui perjanjian £21 juta untuk mendapatkan khidmat pemain Jese Rodriguez dari Real Madrid, menurut laporan.

Penyerang Sepanyol itu telah dikaitkan dengan Arsenal dan Liverpool, tetapi memilih langkah sebaliknya apabila dilihat telah bersedia untuk terbang ke Perancis.

Jese berharap untuk kekal di Real pada musim panas ini tetapi kedatangan Alvaro Morata dari Juventus dijangka bakal mengancam had masa permainannya untuk bermain dalam lebih banyak perlawanan.

Pemain berusia 23 tahun itu berjaya menjaringkan 18 gol dalam 94 penampilan sepanjang empat musim bersama skuad senior Real dan berharap dapat menempatkan dirinya sebagai salah seorang skuad utama pasukan di bawah pengurus baharu PSG Unai Emery.

Akhbar Perancis, L’Equipe mendakwa bayaran itu telah dipersetujui pada hujung minggu, dan Jese akan menjadi pemain keempat yang mengikat perjanjian di bawah Emery pada musim panas selepas perjanjian untuk Thomas Meunier, Hatem Ben Arfa dan Grzegorz Krychowiak selesai.

Pemain tengah, Marco Verratti juga telah memberikan rangsangan kepada PSG selepas menandatangani perjanjian baharu pada Selasa, tetapi jika satu lagi pemindahan berlaku melibatkan Jese, bermakna Arsenal dan Liverpool perlu mengintai pemain lain dalam usaha untuk mendapatkan pemain tengah.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");