Perak Hari Ini

‘Restyle’ Beri Nilai Tambah Kepada Barangan Terpakai

PERAK TODAY 5
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rusnah Kassim

IPOH:Kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) dan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak bakal menganjurkan bengkel ‘Restyle’ di beberapa lokasi terpilih di negeri ini.

Bengkel tersebut bakal memberi pendedahan kepada para peserta menggunakan barangan terpakai untuk diberi nilai tambah kepadanya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rusnah Kassim. langkah tersebut merupakan satu insentif kepada individu yang berminat menjadi usahawan.

“Paling penting program diteruskan bagi membantu golongan wanita khususnya ibu tunggal dan kita telah melihat potensi lima lokasi yang akan dipilih di Perak,” katanya sejurus selepas merasmikan majlis Penyampaian Sijil Guinness World Records kepada wakil daripada negeri Perak.PERAK TODAY 2

Ujarnya, kaedah menggunakan semula barangan terpakai akan mengurangkan pembaziran dengan menggunakan barangan lebihan yang dimiliki.

“kegunaan barangan terpakai dijadikan barangan baharu dan lebihan barangan juga boleh menambah nilai kepada barangan itu.

“Ia perlu diterapkan dalam diri usahawan supaya ia mampu membuka minda untuk mengenal pasti cara baharu menambah nilai sesuatu produk,” katanya.

PERAK TODAY 3

Katanya, saban tahun kerajaan negeri mengagihkan pelbagai peralatan kepada ibu tunggal terpilih dan wanita yang tidak berkemampuan dari segi kewangan bagi membantu mereka menambah pendapatan.

“Namun kita berharap pihak berkenaan seperti Pusat Latihan Kraftangan Epal membekalkan mesin jahitan daripada keluarannya kerana ia semakin moden dan ringkas meningkatkan produktiviti barangan dalam satu hari,” katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada 106 perserta daripada Perak yang mengambil bahagian dalam program jahitan beg terbesar dan sofa terpanjang yang disenarai dalam Guiness World Records pada 9 April lalu.

PERAK TODAY 4

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");