Isu Panas

RUU masih perlu diperbaiki

KUALA TERENGGANU – RUU Persendirian yang akan dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 perlu diperkemaskan kerana didakwa ada perkara tidak jelas.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mendakwa bahawa ia berlaku dari sudut teknikal yang masih perlu diperbaiki dan menganggap sekiranya ia tidak dititikberatkan, ia boleh memberi kesan dari sudut perundangan itu sendiri.

Menurutnya, ada bahagian tertentu dalam RUU tersebut sebelum ini didakwa lebih bersifat umum yang boleh menimbulkan makna terlalu luas dan dikhuatiri boleh menimbulkan masalah lain pada masa depan.

“Dari segi peraturan dan teknikal itu kena kemas kalau tidak orang akan tafsir ikut cara lain dan orang akan kata benda ini tidak akan ditimbang kerana kelemahan dari segi persiapan pembentangan itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika menghadiri Majlis Hari Raya Sempena Ulangtahun Ke-10 Sinar Harian di Pejabat Sinar Harian Terengganu, di Jalan Sultan Mahmud, di sini, kelmarin.

Beliau juga tidak menolak bahawa ia boleh menimbulkan salah faham dan menegaskan undang-undang perlu dijelaskan secara tepat dan bukannya bersifat umum.

“Kalau umum, dia terbuka kepada interpretasi terlalu luas, takut jadi masalah lain,” katanya.

Raja Bahrin bagaimanapun menegaskan mana-mana pihak supaya tidak emosional dengan kenyataan beliau sebaliknya melihat secara terbuka dengan melakukan penambahbaikan dan pengemaskinian dalam usul yang dikemukakan.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak sama sekali membangkang, sebaliknya berharap ia boleh dibuat dengan lebih baik selari dengan ketegasan dan perjuangan Pas sejak sekian lama.

“Kita perlu buat betul, teratur supaya tidak timbul kontroversi pula. Tunggu sudahlah lama, kena hati-hatilah supaya biar lancar laluan, supaya tidak tersekat-sekat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");