Panasnya Hari Ini

Sekarang Masa Terbaik Adakan PRU

KUALA LUMPUR:Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi gambaran bahawa waktu sekarang adalah saat terbaik untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memetik sumber Berita harian, katanya ia susulan perpaduan yang ditonjolkan ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah kukuh, sekali gus mampu memberi kemenangan jika PRU-14 diadakan dalam masa terdekat.

“Pandangan saya, PRU-14 adalah medan mengetengahkan soal perpaduan menentang perpecahan, sebaliknya bukan lagi membabitkan isu mahupun sentimen kepartian.

“Bagaimanapun, keputusan sama ada mahu mengadakan PRU-14 dalam masa terdekat atau sebaliknya hanya boleh dimuktamadkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bukit Mertajam Pulau Pinang hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani berkata, pihaknya bersedia membangkitkan perkara berkenaan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang untuk dibincangkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");