Sukan Hari Ini

Selangor tak pandang rendah Terengganu

PENGENDALI sementara Selangor, K Gunalan mengharapkan pemainnya terus mengekalkan rentak kemenangan ketika berdepan Terengganu dalam saingan Liga Super, malam ini.

Menurutnya, dia yakin pasukan kendaliannya mampu meraih tiga mata berdasarkan persembahan meyakinkan dalam dua perlawanan terdahulu.

Bagaimanapun, kata pengendali berusia 50 tahun itu, dia tetap mengingatkan pemainnya supaya tidak memandang rendah Terengganu yang mungkin cuba bangkit selepas mengalami prestasi buruk.

“Memang kami mahu tiga mata dan ia dilihat tidak terlalu sukar untuk dicapai apatah lagi kita bermain di laman sendiri. Tiga mata ini juga amat penting kerana kita mahu mengekalkan antara pasukan yang berada di kedudukan teratas liga.

“Kami juga tahu Terengganu dalam situasi terumbang-ambing, tetapi kami tidak sesekali memandang rendah keupayaan mereka,” katanya.

Mengulas mengenai kecederaan pemain, Gunalan membayangkan pemain tengahnya, Nazmi Faiz Mansor dan penyerang, Mauro Olivi mungkin tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

“Kita masih menilai tahap kecergasan mereka dan kita juga mungkin akan menurunkan barisan simpanan malam ini kerana pada Sabtu akan ada perlawanan Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");