Sukan Hari Ini

Serlah taktikal Titans

Kuala Terengganu: Pengendali T-Team Rahmad Darmawan mahukan semua pemainnya memperagakan aksi lebih mantap dan memahami taktikal diterapkan untuk menumpaskan Selangor dalam pertembungan saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Jurulatih kelahiran Lampung Metro, Jakarta itu berkata, saingan liga semakin hampir ke penghujung musim dan sudah pasti pemainnya sudah sebati dan kian serasi ketika beraksi berbanding dalam aksi pusingan pertama.

Menurutnya, seharusnya pemain dapat merealisasikan taktik diterapkan walaupun berdepan Gergasi Merah tanpa tiga pemain tonggaknya termasuk kapten Mohd Hasbullah Awang, perancang dari Uzbekistan Dilshod Sharifudinov dan Muhammad Syuhiran Zainal.

Katanya, tiga pemain berkenaan terpaksa diketepikan selepas masing-masing digantung satu perlawanan kerana menerima tiga kad kuning dan kad merah.

“Ketiadaan tiga pemain itu tidak akan menjejaskan perancangan pasukan kerana kita masih mempunyai beberapa pemain yang mampu memikul tugas dengan berkesan.

“Selain itu, kami ingin menerapkan formasi seimbang dan berkesan serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan.

“Namun formasi ketika latihan saja tidak cukup kerana apa yang lebih penting bagaimana pemain beraksi dengan baik sepanjang 90 minit di padang dan ditambah dengan motivasi yang tinggi ketika bermain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mesotropin Sdn Bhd (MESOTROPIN) Hafiz Wasa berkeyakinan pemain T-Team dapat mengulangi aksi seperti yang ditunjukkan ketika menafikan hajat Sarawak mengutip mata ketika aksi pada Jumaat lalu.

Menurutnya, pihaknya percaya dengan pengamalan penggunaan produk keluaran syarikatnya yang berasaskan nutrisi sukan bukan hanya mampu mengembalikan semula tenaga berikutan jadual perlawanan padat ketika ini malah mampu memulihkan kecederaan otot dengan lebih berkesan dan cepat.

“Sehingga kini kami sudah mengeluarkan empat produk M-sotropin, Mesotropin Mass Gainer, 6-tropin dan Hydro Whey yang mendapat sambutan yang menggalakkan dan dalam masa terdekat kita akan mengeluarkan produk kelima Mass Gainer,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");