Perak Hari Ini

Sinar Positif Bola Sepak Perak

IPOH : Kemenangan pasukan bola sepak Perak memperoleh pingat emas dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Sarawak pada 30 Julai lalu menggambarkan sinar positif kepada masa depan bola sepak negeri ini.

Naib Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak, Ahmad Syafiq Ahmad Ariffin berkata, biarpun sedikit kecewa dengan prestasi keseluruhan kontinjen Perak yang berada di dasar tercorot untuk kejohanan kali ini, kejayaan memenangi ibu segala pingat telah berjaya mengubat kehampaan itu.

“Ternyata Perak tidak ketandusan pemain-pemain berkualiti yang akan membaris skuad utama Perak The Bos Gaurus selepas ini.

“Permata-permata ini haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin untuk masa depan bola sepak Perak,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, Ahmad Syafiq mengharapkan agar Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) perlu memastikan bakat mereka tidak dipersiakan atau dimanfaatkan oleh pasukan lain.

“Sebelum ini, ramai pemain-pemain yang digilap daripada awal oleh pasukan Perak telah dilepaskan dan akhirnya mereka menyinar di pasukan lain.

“Pasukan utama Perak The Bos Gaurus ketika ini juga majoritinya dibarisi oleh pemain-pemain muda yang digilap daripada bawah,”ujarnya.

Katanya lagi, kemenangan itu juga merupakan satu perkembangan yang sangat baik kepada masa depan bola sepak Perak selaras dengan harapan seluruh penyokong skuad The Bos Gaurus itu.

Dalam perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Negeri, Petra Jaya, Perak berjaya menewaskan Wilayah Persekutuan, 2-0.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");