Berita Hari Ini

Sokong laluan Kelantan, Ho Chi Minh

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) kini sedang giat mewujudkan jaringan perniagaan antara usahawan Kelantan dan Vietnam.

Pengarah Miti Kelantan dan Terengganu, Azran Deraman berkata, usaha itu terjalin selepas lawatan dua hari duta Vietnam ke Malaysia, Pham Cao Phong baru-baru ini ke Kelantan yang turut membuat lawatan ke Pusat Bebas Cukai di Rantau Panjang.

“Dalam lawatan ke kawasan bebas cukai, mereka mendapat taklimat daripada pihak kastam sebagi pengurus operasi, mereka melihat kawasan bebas cukai itu sebagai model untuk dilaksanakan di negara mereka.

“Kita turut mengadakan majlis makan malam yang menemukan pegawai kerajaan di samping memberi laluan kepada pihak usahawan untuk melihat potensi perniagaan di sana,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Aidilfitri Miti di sini kelmarin.

Menurutnya, Vietnam merupakan satu daripada lokasi yang strategik kepada usahawan Kelantan kerana pelbagai faktor penarik termasuk geografi yang mampu membuka jalan kepada usahawan negeri ini.

Katanya, sebelum ini ramai rakyat Malaysia khususnya dari Kelantan berulang-alik ke Vietnam terutama yang menjalankan perniagaan pakaian mendapatkan stok dari negara itu.

Azran berkata, usaha itu ditambah dengan kajian pihak syarikat penerbangan termasuk negara yang dikatakan memberi perhatian untuk membuka laluan baru dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ke Ho Chi Minh.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengambil inisiatif untuk berbincang dengan syarikat penerbangan seperti Air Asia dan Malindo supaya hasrat itu dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

“Pihak Vietnam pun mengemukakan perkara yang sama, kita melihat peluang (pembukaan laluan) ini perlu dijayakan dalam masa terdekat, ia akan memperlihatkan satu perkembangan dari segi perdagangan pelancongan dan perniagaan,” katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya telah mengadakan mesyuarat susulan dengan pihak Vietnam dan bersetuju untuk mengadakan satu taklimat khas kepada usahawan bagi meneroka pasaran di negara tersebut.

“Insya-ALLAH, satu taklimat bagi membuka peluang dan potensi antara Vietnam dan Kelantan, kita memanggil usahawan berpotensi termasuk dari Terengganu dan Pahang untuk melihat peluang, biar mereka cerita pertanian barangan halal atau sebagainya, kita mahu usahawan kita dapatkan maklumat secukupnya sebelum meneroka pasaran baru,” katanya

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");