Membawang Hari Ini

Sufi teruja jayakan konsert sulung 6 Ogos

KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia 2015 (AF 2015), Sufi atau Mohammad Sufie Rashid, mengakui cukup teruja apabila buat julung kali berpeluang mengadakan konsert di Recital Studio, Esplanade, Singapura pada 6 Ogos ini.

Persembahan selama 90 minit itu akan berlangsung di dewan yang boleh memuatkan kira-kira 300 peminat.

Menurut penyanyi dari seberang tambak itu, ketika ini, beliau giat melakukan persiapan menjelang konsert berkenaan, termasuk senaman bagi meningkatkan stamina.

Di laman Instagramnya pula, penyanyi berusia 25 tahun itu mula melakukan ‘countdown’ terhadap konsert terbabit.

Katanya, pada persembahan itu, beliau akan mendendangkan lebih 10 lagu, termasuk karya pernah dinyanyikan ketika bersaing pada AF 2015.

“Sudah tentu saya sangat teruja kerana inilah peluang sulung yang saya terima selepas dua tahun menjadi artis.

“Alhamdulillah, biarpun konsert ini berskala kecil-kecilan, saya tetap bangga. Malah, tidak sampai sebulan, tiket juga habis disambar peminat,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi itu juga berjanji akan memberikan persembahan terbaik selain menonjolkan sisi kepelbagaian dirinya pada konsert itu nanti. Selain itu, beliau turut menampilkan rakan seperjuangan, Billa dan Shahrul pada persembahan terbabit.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");