Perak Hari Ini

Sultan Perak, Raja Permaisuri Sertai Kayuhan Merdeka

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyertai Program Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh 2016 bersempena sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, malam ini.

Turut mengiringi baginda menyertai kayuhan itu Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir,dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.

PERAK TODAY 9

Hadir sama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, anggota exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.

Program anjuran kerajaan negeri dan MBI dengan kerjasama Tourism Malaysia Perak itu telah disertai kira-kira 2 ribu peserta dari seluruh Perak.

PERAK TODAY 8

Sultan Nazrin berkenan melepaskan peserta kayuhan yang mengambil bahagian sejauh 20 kilometer di sekitar bandar raya ini.

PERAK TODAY 5

Baginda berdua kemudiannya memulakan kayuhan pada jam 9 malam sejauh 8 kilometer di sekitar bandar raya ini.

Antara jalan yang dilalui baginda ialah Jalan Sultan Abdul Jalil, Jalan Raja Dihilir, Jalan Sultan Iskandar Shah dan berakhir di tempat yang sama kira-kira sejam kemudian.

PERAK TODAY 4

Program tersebut merupakan satu daripada program ambang kemerdekaan bertujuan memupuk semangat cintakan negara serta menyemai perpaduan antara kaum menerusi penganjuran program kayuhan berbasikal.

Program yang diadakan kali ketiga tahun ini turut menyediakan cabutan bertuah yang turut menawarkan pelbagai hadiah barangan elektrik.

PERAK TODAY 1

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");