Membawang Hari Ini

Suntikan baru dunia filem tempatan

Jika melihat daripada judul dan poster, pasti ramai beranggapan filem yang bakal menjengah pawagam pada 4 Ogos ini filem aksi yang bakal menggegarkan pawagam seperti Evolusi KL Drift pada 2010.

Namun, siapa sangka filem sulung arahan Nevin Hiong berjudul Kampung Drift ini tidak hanya tertumpu kepada sukan drift semata-mata. Malah, ia turut menyelitkan elemen sains fiksyen bagi memberi suntikan baharu dalam dunia perfileman tempatan.

Biarpun perlu diakui filem sains fiksyen masih kurang mendapat perhatian di peringkat arus perdana, namun pengarahnya yakin ekperimental yang jarang ditonjolkan sebelum ini mampu menarik perhatian penonton ke panggung.

Menurut Nevin, dia sengaja menyelitkan unsur sains fiksyen untuk buah tangan pertamanya kerana mahu penonton menikmati hidangan yang berbeza berbanding filem aksi ditayangkan sebelum ini.

“Saya bersyukur kerana dapat peluang mengarah filem buat kali pertama. Peluang sebegini takkan datang selalu dan saya usahakan sampai jadi.

Tujuan saya menyelitkan elemen sains fiksyen kerana mahu penonton bayangkan bagaimana jalan cerita filem ini nanti. Ini kerana kalau melihat pada poster pasti mereka akan terbayang ia sebuah filem aksi semata-mata.

“Namun, apabila menonton secara keseluruhan, fokus utama bukan kepada drift itu sendiri tetapi masih ada elemen kekeluargaan yang dekat dengan penonton. Gabungan ini yang mencantikan lagi perjalanan filem ini,” katanya.

Navin berkata, kerja kerasnya mengarahkan Kampung Drift yang dibintangi Syafie Naswip, Pekin Ibrahim, Pablo Amirul, Fatin Afeefa dan Syazwan Yunos cukup berbaloi.

“Apa yang boleh saya katakan, filem ini cukup menarik untuk ditonton kerana ia sarat dengan drama serta cinta. Saya mengambil masa hampir tiga bulan melakukan proses penyuntingan bagi memastikan perjalanan cerita ini logik dan tersusun selain tidak mahu menghilangkan mood penonton nanti,” katanya.

Kata Navin, pembabitannya dalam Kampung Drift banyak mendedahkannya kepada pengalaman baru dan ia sangat berharga untuk kariernya.

“Sebelum ini saya seorang pengarah sinematografi. Menerusi filem ini saya belajar banyak perkara dan pengalaman ini tidak boleh didapati di tempat lain.

Saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap Kampung Drift. Saya tidak berani kata diri ini bagus tetapi karya ini akan menjadi permulaan yang baik buat saya sebagai seorang pengarah.

“Apa yang penting bagi saya adalah filem ini mampu menghiburkan penonton dan boleh diterima semua golongan masyarakat,” katanya.

Perspektif baru dalam filem

Pekin yang membawakan peranan sebagai bapa iaitu Acai tidak menafikan filem Kampung Drift memberikan perspektif baharu bagi sinema tempatan.

“Apabila membawa skrip buat kali pertama, saya tahu filem ini bakal memberikan kelainan secara total. Sebab itu saya tidak berfikir panjang untuk menyatakan persetujuan untuk terlibat sama.

“Lagipun ketika menjalani penggambaran, saya melihat Nevin begitu teliti dengan setiap yang dihasilkannya. Setiap babak drift nampak hidup dan bukan dibuat-buat atau sekadar melepaskan batok di tangga.

“Begitu juga dengan babak aksi. Mereka ‘korbankan’ sebuah kereta untuk adegan kereta terbalik sehinggakan saya mengalami kecederaan ketika kejadian itu. Namun bersyukur sempat keluar dari kereta itu,” katanya.

Bagi Syafie pula, dia mengakui tidak sabar untuk melihat respons menonton apabila berpeluang menghidupkan watak komedi dan serius dalam satu masa.

“Terus terang, filem ini sesuatu yang mengujakan kerana perlu bermain dengan pelbagai dimensi watak. Menerusi filem ini saya memegang watak sebagai Johan yang terpaksa mengasah bakatnya dalam bidang perlumbaan drift secara senyap-senyap ekoran tidak mendapat keizinan bapanya.

“Dia juga mencari identiti siapa dirinya yang sebenar sebelum karakternya berubah daripada santai menjadi seseorang yang lebih serius,” kata Syafie yang menyifatkan pembabitan Pekin dan Pablo sebagai penguat Kampung Drift,” katanya.

Kampung Drift yang menerapkan elemen aksi dan sains fiksyen mengisahkan pengembaraan hidup seorang remaja bernama Johan dalam mencari erti kejayaan dan kehidupan menerusi sukan drift yang berkait rapat dengan sejarah hidupnya.

Walaupun ditentang keras oleh ayahnya untuk menyertai sukan drift, minat Johan terhadap sukan itu tidak pernah pudar. Bersama-sama kawan baiknya, Bojeng, pak ciknya, Ajoi dan saintis ‘gila’, Pak Idon, dia akan menggunakan apa sahaja cara untuk membabitkan diri secara aktif dalam sukan permotoran drift itu.

Minat Johan mula bertukar menjadi sebuah impian besar apabila dia mendapat tahu sejarah hitam ayahnya yang berkait rapat dengan sukan drift.

Namun, pembabitan Johan dalam sukan drift ini menghadapi jalan sukar apabila dia terlibat dalam pelbagai konflik diri, masalah cinta dan persaingan di antara Julia, Shiela serta Ray, pelumba drift dari Kuala Lumpur.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");