Membawang Hari Ini

Syamsul Yusof Tulis Semula Skrip ‘Munafik 2’

KUALA LUMPUR: Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof mengambil keputusan untuk menulis semula skrip filem terbaharunya Munafik 2 walaupun ia hampir disiapkan.

Syamsul, 32, berkata, dia bertindak demikian kerana merasakan skrip berkenaan tidak melangkaui apa yang pernah dihasilkan menerusi Munafik sebelum ini.

“Skrip Munafik 2 sudah separuh siap saya hasilkan namun saya mengambil keputusan untuk buang dan tulis semula kisahnya kerana merasakan ia tidak menepati apa yang saya mahukan.

“Naskhah pertama mendapat sambutan luar biasa penonton dan untuk sekualnya ia perlu melangkaui apa yang pernah saya hasilkan,” katanya kepada mStar Online.

Syamsul ditemui pada majlis pengumuman finalis lima terbaik Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM 28) yang diadakan di Platinum Sentral di sini, Rabu.

Munafik menerima sembilan pencalonan dalam festival itu menerusi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Nabila Huda), Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik dan Kesan Visual Khas Terbaik.

Malam kemuncak FFM 28 bakal diadakan pada 3 September depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 9 malam.

Ia turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Tambah Syamsul, dia menjangkakan Muanfik 2 akan disiapkan dan ditayangkan kepada penonton pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, bercakap mengenai sembilan pencalonan yang diterimanya menerusi filem Munafik pada FFM 28, Syamsul berkata, dia bersyukur dengan pencalonan berkenaan.

Syamsul berkata, dia paling teruja dengan kategori Pelakon Wanita Terbaik yang menyaksikan pelakon utama Munafik, iaitu Nabil Huda tercalon kerana telah menjangkakan perkara itu.

“Alhamdulillah dengan pencalonan diterima Munafik dan saya paling teruja dengan pencalonan diterima Nabila dan tidak terkejut jika dia memenanginya nanti,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");