Jenayah

Terbaring di sisi kaki putus

Alor Gajah: Seorang penunggang motosikal hanya mampu memerhatikan kaki kanannya putus sementara menunggu dibawa ke hospital selepas terbabit dalam kemalangan dengan Proton Waja di Jalan Baru Solok Duku-Tanjung Bidara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi semalam, mangsa, Mohd Khairul Nordin, 36, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tanjung Bidara sebelum dilanggar Proton Waja dari arah bertentangan.

Difahamkan akibat kejadian itu, mangsa anggota tentera berpangkat koperal bertugas di Kem Terendak tercampak ke bahu jalan dan kaki kanannya putus.

Menurut sumber, sebelum kejadian Proton Waja dipandu kakitangan sebuah syarikat swasta berusia 50-an hilang kawalan, terbabas ke kanan jalan dan melanggar motosikal mangsa.

“Anggota perubatan segera memberi rawatan kecemasan kepada penunggang terbabit dan mereka menemui kaki anggota tentera itu berhampiran tempat mangsa terbaring.

“Ketika diusung ke dalam ambulans mangsa dilaporkan dalam keadaan sedar, dia dikejarkan ke Hospital Angkatan Tentera (ATM) di Kem Terendak, untuk rawatan kecemasan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan A Asmadi Abd Aziz ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan kedua-dua kenderaan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");