Sukan Hari Ini

‘Tiada istilah balas dendam’

MENJELANG pertemuan dengan Perlis malam ini, pengendali Melaka United, Mat Zan Mat Aris menyifatkan tiada istilah balas dendam untuk pasukan lawannya itu.

Dalam aksi Liga Perdana sebelum ini, Perlis menjadi pasukan tunggal meleburkan rekod tanpa kalah Melaka United.

“Kami mempunyai misi kami tersendiri, iaitu untuk menang dan kukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga.

“Bagi saya, tiada istilah balas dendam untuk Perlis. Dalam sukan bola sepak, kalah menang itu sudah menjadi adat, Jadi kami perlu fokus kepada misi utama untuk dapat tiga mata dan tidak memandang perlawanan ini sebagai balas dendam,” ujar Mat Zan.

Biarpun tewas kepada Felda United dalam saingan Piala Malaysia minggu lalu, Mat Zan percaya moral anak buahnya tidak terjejas.

“Nak kata terkesan dengan kekalahan tempoh hari tu tidaklah. Saya percaya biarpun bersaing dengan lawan yang kuat, tetapi kami telah memberikan tentangan sengit.

“Saya percaya biarpun tewas, tetapi semangat pemain masih kuat dan saya percaya mereka akan bangkit untuk buktikan kepada semua penyokong bahawa Melaka United layak diangkat sebagai pasukan yang wajar digeruni,” tambahnya lagi.

Mengulas mngenai khabar angin mengenai bintangnya, Ilija Spasojevic yang ingin kembali ke pasukan lamanya Persib Bandung bagi Mat Zan segalanya masih belum pasti.

“Spaso masih mempunyai kontrak bersama Melaka United, Jadi saya nak kata betul pun tidak, nak kata tidak pun kita tak pasti.

“Setakat ini Spaso tidak ada mengatakan apa-apa mengenai keinginan untuk kembali ke pasukan lamanya. Jadi saya harap beliau dapat terus bersama Melaka United memandangkan beliau telah beraksi cemerlang bersama pasukan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");