Panasnya Hari Ini

Tiada Tempat Paling Selamat Untuk Jho Low Selain Malaysia – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR : Tiada tempat paling selamat untuk ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low untuk bersembunyi selain daripada Malaysia.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jho Low boleh berasa lebih selamat berada di Malaysia kerana pihak berkuasa menafikan terdapatnya kehilangan wang daripada 1MDB, yang dikaitkan dengannya.

“Di Malaysia, 1MDB walaupun kelihatan cacat, akan tetapi ia tidak kelihatan cela. Pelbagai agensi kerajaan menyatakan tiada duit yang hilang daripada 1MDB, dan tiada siapa yang melakukan kesalahan di dalam 1MDB.

“Bukan itu sahaja, malah di Malaysia, mereka yang menyoal 1MDB akan disiasat, bukan sebaliknya. Mereka yang meneka siapa Malaysia Official 1 akan dipanggil.

“Di sini, tiada kes sivil untuk menyita harta meskipun ada duit berbilion masuk ke akaun peribadi,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Bahkan, beliau turut berkata Jho Low boleh bertambah lega kerana Akta Majlis Keselamatan Negara sudahpun dikuatkuasakan.

Malah, dalam sindirinnya juga, Tuan Ibrahim berkata, apabila Jho Low kembali ke Malaysia, beliau akan dirai bahkan akan dijemput makan bersama dengan orang kenamaan untuk membincangkan projek seterusnya.

“Baliklah Jho Low. Tak perlu malu-malu. Nak berjoli, berjolilah di Malaysia, sekurang-kurangnya duit yang ada itu digunakan dalam negara.

“Malah kerajaan boleh kutip GST lagi. Dan Malaysia Official 1 pun boleh terasa lega kerana anda tidak direman di mana-mana negara,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");