Berita Hari Ini

Tidak Boleh Guna Pasport Malaysia Yang Dilaporkan Hilang – KDN

PUTRAJAYA: Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang dijumpai semula selepas dilaporkan hilang tidak boleh digunakan dan permohonan gantian PMA perlu dibuat untuk tujuan ke luar negara, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam satu kenyataan hari ini berkata kementerian itu mewajibkan kehilangan PMA dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa 27 Feb tahun lepas.

Menurut KDN, semua maklumat mengenai PMA yang dilaporkan hilang akan dikongsi dalam pangkalan data Interpol.

“Langkah ini diambil bagi memastikan PMA berkaitan tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam konteks ini, PMA yang dijumpai semula tidak boleh digunakan dan permohonan gantian PMA hendaklah dibuat untuk tujuan ke luar negara,” katanya.

Menurut KDN, Pangkalan Data Stolen and Lost Travel Document (SLTD) Interpol boleh diakses oleh beberapa negara termasuk Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Penggunaan semula PMA yang dilaporkan hilang di negara-negara yang mempunyai akses kepada pangkalan data SLTD Interpol akan diambil kira sebagai perjalanan dengan dokumen yang tidak teratur, katanya.

Ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah kepada pemegang PMA sama ada pemilik sebenar atau pihak ketiga yang cuba menyalahgunakan PMA berkenaan.

“Dengan ini, KDN mengingatkan semua pihak supaya mematuhi arahan melaporkan kehilangan PMA kepada PDRM dan memohon gantian PMA untuk tujuan perjalanan keluar negara,” kata KDN.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");