Panasnya Hari Ini

Tidak Setia, Segera Tinggalkan UMNO

KUALA LUMPUR:Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi saranan kepada Ahli Umno yang bertindak menyokong perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya meninggalkan Umno dengan segera.

Memetik sumber Sinar Harian ujarnya, cara itu akan memudahkan Umno ‘menyingkirkan’ musuh dalam selimut.

“Kalau ada ahli yang tak setia dengan Umno, lebih baik keluar. Kita tak perlu ada musuh dalam parti.

“Lebih senang jika kita berhadapan musuh di luar berbanding musuh dalam selimut. Eloklah kalau mereka menyertai parti itu (Bersatu),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyarankan ahli Umno yang menyokong Bersatu tetapi tidak boleh keluar parti supaya kekal dalam Umno dan menjadi ‘pengintip’ untuk Bersatu.

Jelasnya lagi, pembentukan blok pembangkang baharu iaitu Gagasan Sejahtera (Gagasan) yang dianggotai Pas dan Parti Ikatan Malaysia (Ikatan), Ismail Sabri berkata, ia hanya akan memberi kelebihan kepada BN dan Umno.

“Baguslah, lagi banyak (pembangkang) lagi bagus. Sebenarnya kita tidak perlu fikir sama ada orang lain (pembangkang) berpecah atau tidak.

“Apa yang penting, Umno perlu bersatu dan kuatkan parti. Selain itu, parti-parti komponen dalam BN juga kena kukuhkan kerjasama sesama sendiri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");