Jenayah

Tiga ditahan samun kedai serbaneka

PONTIAN: Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun bersenjata yang menyasarkan kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah ini dengan tertangkapnya tiga lelaki di lokasi berasingan baru-baru ini.

Kumpulan yang menggunakan parang untuk mengugut mangsa itu, terbabit dengan satu kes rompakan di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Mutiara pada 12 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, kesemua suspek berusia 25 hingga 30 tahun ditahan di rumah masing-masing di Muar, Jalan Syawal dan Taman Damai Pontian, pada hari sama rompakan berlaku di Taman Mutiara.

“Modus operandi kumpulan ini, melakukan jenayah pada waktu pagi di mana suspek menggunakan baju menutup kepala dan bertindak mengacukan parang kepada penjaga premis kedai serbaneka.

“Wang tunai dan rokok akan diambil sebelum mereka keluar daripada premis kedai serbaneka yang ketika itu hanya terdapat seorang pekerja bekerja pada shift malam,” katanya.

Katanya, ketika serbuan dilakukan ke rumah suspek beberapa barang berkait samun dilakukan berjaya ditemui antaranya 3 kotak rokok Dunhill Red Box, sebilah parang berhulu warna hitam sepanjang 14 inci, sebuah kereta Perodua Kenari, empat baju menutup kepala berwarna putih dan lima topi berwarna merah.

Tambah Zakaria, semua suspek ditahan reman enam hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) dan jika didapati sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");