Berita Hari Ini

Timbang bina kem tentera di Kuala Pilah

KUALA PILAH – Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Husein, mempertimbangkan untuk dibina sebuah kem tentera di daerah ini.

“Saya akan berbincang dengan Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mengenai perkara ini,” jelasnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Pilah.

Terdahulu, Ketuanya, Datuk Ismail Lasim mengutarakan cadangan yang pernah dikemukakan sebelum ini mengenai projek tersebut.

“Semua kita maklum bahawa ura-ura pembinaan kem telah sekian lama. Malah sebidang tanah seluas 300 ekar juga telah dikenal pasti bagi merialisasikannya.

“Jika ini menjadi kenyataan, sudah pasti pembangunan Kuala Pilah akan bertambah rancak dan rakyat mendapat manfaatnya,” ujar Ismail.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hassan Malek; Timbalan Ketua Bahagian Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan, veteran Umno dan 600 perwakilan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");