Panasnya Hari Ini

Tindakan Keluar Parti, UMNO Sabah Tidak Terjejas

KUALA LUMPUR : UMNO Sabah tidak akan tergugat berikutan tindakan hampir 1,500 ahli UMNO di negeri itu umum keluar dari parti mengikut jejak bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, UMNO Bahagian Semporna yang pernah diketuai oleh Shafie masih kuat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Abdul Rahman mempersoalkan sumber Shafie itu mengenai jumlah tersebut memandangkan pemimpin itu sudah keluar dari UMNO.

“Lagi pun ahli UMNO di Sabah melebihi setengah juta. Kekuatan ini tidak akan terjejas,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Dalam masa yang sama, Abdul Rahman berkata, UMNO Sabah akan terus melipatgandakan usaha memberi penerangan mengapa Majlis Tertinggi UMNO mengambil keputusan untuk menggantung keanggotaan Shafie.

“UMNO Sabah akan melibatgandakan usaha memberi penerangan kepada ahli UMNO negeri ini mengenai kes penggantungan Shafie.

“Ia supaya mereka faham kenapa Majlis Tertinggi UMNO terpaksa mengambil keputusan itu,”ujarnya.

Terdahulu, Shafie dilaporkan berkata, tindakan ahli parti keluar beramai-ramai menunjukkan akar umbi UMNO Sabah tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan pusat dan pemimpin negeri.

Shafie turut menjangkakan lebih ramai ahli UMNO keluar daripada parti dan menyatakan rakyat tidak akan ‘mati’ tanpa BN.

Beliau turut menyeru agar rakyat Sabah berani menukar kepimpinan kerajaan negeri sedia ada.

Shafie yang digantung keahlian dari UMNO pada 24 Jun lalu mengumumkan keluar parti pada 4 Julai selepas dituduh berkongsi pentas dengan pemimpin pembangkang menyerang kepimpinan parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");