Perak Hari Ini

Tingkat Sektor Peruncitan dan Pemborongan, Bantu Koperasi


KAMUNTING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang giat mempertingkatkan sektor peruncitan dan pemborongan dalam usaha membantu koperasi untuk memajukan perniagaan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya akan memberikan sedikit bantuan untuk membesarkan kedai atau tempat simpanan stok bagi koperasi yang berkenaan.

“Kita akan memberikan bantuan supaya mereka dapat membawa lebih banyak barangan yang orang kampung tidak boleh dapat dikawasan kampung tetapi hanya dapat di bandar.

PERAK TODAY 9

“Jadi kita nak lihat barang-barang yang ada di bandar juga ada di kampung melalui koperasi yang akan kita pertingkatkan dalam semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis Hari Koperasi Negara peringkat Negeri Perak 2016 yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Kompleks Rakan Muda di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, pihaknya sedang mengenalpasti koperasi yang boleh diperbesarkan untuk setanding dengan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

PERAK TODAY 7

“Kalau kita sudah ada KR1M, melalui koperasi ini juga kita akan perbesarkan dan bersaing dengan kedai berkenaan.

“Maka bermakna agenda kita bukan sahaja membantu anggota koperasi tetapi juga masyarakat keliling kerana nak menentukan harga barang yang dijual itu adalah merupakan harga yang berpatutan,” katanya.

Ujar Hamzah lagi, strategi yang dilakukan oleh pihaknya ini adalah untuk melihat kejayaan koperasi dan dalam waktu yang sama dapat membantu rakyat hidup dalam keadaan selesa.

“Itulah program yang kita akan buat terutamanya untuk menangani isu kos sara hidup yang hari ini mungkin tertekan sedikit dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia,” katanya.

PERAK TODAY 10

Sementara itu, beliau berkata, pihak KPDNKK akan menarik balik pendaftaran koperasi yang tidak aktif selain daripada melanggar akta yang sedia ada.

Tambahnya, bagi koperasi yang melanggar akta sebagai contoh dengan memberikan pinjaman kepada anggota menggunakan kaedah ah long juga akan diambil tindakan.

“Bulan lepas kita telah batalkan sebanyak 12 koperasi dan bulan ini kita sedang membuat siasatan ke atas sembilan lagi koperasi. Kita juga sedang mengambil dokumen-dokumen daripada 30 koperasi lagi.

“Kita mahu melihat tidak ada koperasi yang menyalahi undang-undang memberikan pinjaman kepada anggota dengan menggunakan kaedah ahlong sedia ada.

“Kita tidak mahu ianya berlaku ke dalam negara kita kerana ia menunjukkan bahawa kebanyakan daripada mereka yang menipu ini hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mengikut agenda kerajaan untuk memberikan keselesaan kepada rakyat terutamanya anggota koperasi itu sendiri,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");