Sukan Hari Ini

Tuah Kha Yan, Wen Xin

KEPUTUSAN tidak menunggu penutupan rasmi temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Sarawak nyata membawa tuah buat beregu remaja perempuan, Wong Kha Yan dan Tang Wen Xin apabila muncul juara Kategori Beregu Remaja Perempuan di Kejohanan Badminton Sinar 2016, kelmarin.

Kha Yan dan Wen Hin yang memenangi pingat gangsa dalam acara berpasukan di Sukma mempamerkan aksi bertenaga untuk menumbangkan gandingan Wong Millie dan Shayna Yong Yeng.

Kemenangan itu membolehkan pasangan tersebut membawa pulang RM1,000 berserta barangan Fleet bernilai RM821 manakala naib juara menerima RM600 dan barangan Fleet bernilai RM642.

“Terima kasih kepada jurulatih atas sokongan yang diberikan. Kami gembira dengan kemenangan ini,” kata Kha Yan.

Sementara itu, Wen Hin memaklumkan yang dia akan terus menyokong Sinar Harian dengan sertai kejohanan ini pada masa depan.

“Kejohanan ini bagus untuk semua remaja kerana ia memberi pendedahan kepada kita untuk terus maju ke hadapan,” ujarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");