Sukan Hari Ini

Usah jadi mangsa belasahan

Kuala Lumpur: Jangan sampai jadi mangsa belasahan.

Demikian ingatan ketua jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB) Muhamad Amin Rahim (gambar, kiri) kepada barisan pemainnya yang akan turun perlawanan ketiga Liga Premier bertemu juara bertahan, Terengganu Hockey Team (THT), hari ini.

Selepas membelasah UiTM-KPT 11-0 pada aksi kalah mati untuk merebut Piala Tan Sri P Alagendra, bekas pakar pukulan sudut penalti negara itu tidak mahu nasib sama menimpa mereka apabila bertemu THT.

Sebelum itu, TNB tewas dua perlawanan berturut-turut saingan liga, 3-4 kepada Maybank dan 0-1 di tangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

“Kami perlu fikirkan strategi betul jika berdepan pasukan seperti THT atau KLHC (Kelab Hoki Kuala Lumpur). Jika tidak, perkara sama dialami UiTM-KPT mungkin berlaku kepada kami.

“Sebab itu kami melakukan persediaan cukup rapi terutama ketika latihan dan menganalisis video corak permainan lawan. Perlu bermain secara taktikal, tidak boleh bermain secara terbuka,” katanya.

Jelas Amin, secara peribadi, beliau mengakui THT jauh lebih baik berbanding barisan pemainnya yang rata-rata masih muda.

“Kami perlu lebih realistik dan tidak boleh terlalu yakin. Memang THT lebih baik daripada kami.

“Untuk saya, bukan kemenangan menjadi keutamaan. Yang penting barisan pemain TNB dapat beri saingan dan jika menang, bonus untuk kami,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");