Panasnya Hari Ini

Wan Azizah ‘terkejut’ Dakwaan PKR Minta Kerusi DAP Pulau Pinang

KUALA LUMPUR:Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui berasa terkejut apabila diajukan pertanyaan mengenai permintaan ‘satu atau dua’ kerusi DAP oleh partinya susulan cadangan mengadakan Pilihan Raya Awal Pulau Pinang.

Memetik sumber Astro Awani, jelasnya isu mengenai pilihan raya awal Pulau Pinang telah selesai ekoran pengumuman Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam.

“Sebenarnya ‘benda’ ini sudah selesai. Kami akan teruskan (pentadbiran) seperti biasa.

“Saya faham apa yang telah ketua menteri lakukan dan buat keputusan sedemikian untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang,” katanya.

Terdahulu semalam, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui terharu dengan keputusan Guan Eng untuk tidak meneruskan cadangan memgadakan Pilihan Raya Awal Pulau Pinang.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor tampil menegaskan bahawa keputusan itu menandakan Guan Eng mengutamakan semangat muafakat dalam Pakatan Harapan.

DAP terdahulu bertindak mencadangkan agar pilihan raya negeri mengejut diadakan untuk memberikan mandat baharu kepada Lim yang berhadapan dua pertuduhan berkaitan pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");