Sukan Hari Ini

Wenger tagih jaringan Ozil

Watford: Pengurus Arsenal Arsene Wenger menggesa Mesut Ozil terus meningkatkan keupayaannya menjaringkan gol musim ini selepas mengakui satu-satunya elemen yang kurang pada pemain tengah itu adalah aspek jaringan.

Ozil, Santi Cazorla dan Alexis Sanchez masing-masing menjaringkan gol sewaktu Gunners menewaskan Watford 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris yang juga kemenangan pertama mereka musim ini.

Pemain Jerman itu menjaringkan gol ke-21 untuk kelab utara London itu sejak menyertai mereka dari Real Madrid pada 2013 dan Wenger mengakui untuk pemain bertaraf dunia sepertinya kekurangan itu boleh diperbaiki.

Ditanya sama ada kehadiran Ozil memberi perbezaan buat Gunners, Wenger membalas: “Terutama pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua dia keletihan, tapi tentu sekali kami memerlukannya.

“Saya fikir apa yang dipamerkannya, itu yang kami mahukan. Membantu jaringan dan pada masa sama turut menjaringkan gol.

“Jadi, saya gembira dia menjaringkan gol hari ini kerana itu nilai tambah terhadap permainannya.

“Kami menerima padah pada perlawanan pertama (kalah 3-4 kepada Liverpool) kerana tidak bersedia, kami tidak mempunyai cukup pemain.

“Kini Mesut sudah kembali ke prestasi asalnya, bukan sepenuhnya, tapi dia sudah kembali. Bagi kami tempoh rehat aksi antarabangsa tidak dialu-alukan kerana boleh menjejaskan momentumnya.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");