SELEPAS Waris, giliran pelakon dan pengacara, Zulin Aziz meninggalkan pentas Super Spontan Superstar 2016.
Zulin yang juga ahli Harimau Hipster terpaksa disingkirkan selepas kumpulan itu mendapat markah terendah.
Kelihatan tenang selepas namanya diumumkan, Zulin bagaimanapun mengakui belum puas ‘beraksi’.
Pada masa sama, pelakon berusia 27 tahun ini mengakui terkilan dengan tindakan Amyza Aznan yang juga ahli Monyet Mafia pada pusingan terakhir.
“Saya tidak banyak bermain sebelum ini. Tapi, apabila diberi peluang bermain, saya rasa seperti ‘terkena’.
“Saya tidak diberi peluang bercakap dan beraksi sedangkan itu ‘game’ kumpulan saya. Sudah tentu, saya mahu all out dalam segmen tersebut seterusnya membantu kumpulan saya,” katanya, kelmarin.
Pun begitu, Zulin tidak berniat untuk mengambil serius hal tersebut kerana semuanya permainan semata-mata.
“Ini semua permainan sahaja. Mungkin Amyza tidak tahu peraturan macam mana.
“Secara peribadinya, saya tiada masalah dengan Amyza. Kami baik-baik sahaja. Lagipun, kami hanya mahu berseronok,” katanya sambil tersenyum.
Minggu ketiga program menyaksikan rakan sepasukan Zulin, Ozlynn dikalung imuniti.
Kali ini, rancangan itu menampilkan Vanidah Imran sebagai komentator undangan bersama Afdlin Shauki.
Program bersiaran secara langsung dari Panggung Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia setiap Jumaat jam 10 malam dan ditayangkan serentak di Astro Warna (132) dan Mustika HD ( 134).-sinar harian