Perak Hari Ini

300 Sertai World #QuranHour di Masjid Jamek Kampung Melayu Sungai Rapat

IPOH: Seramai hampir 300 orang peserta telah menyertai World #QuranHour yang berlangsung di Masjid Jamek Kampung Melayu Sungai Rapat, di sini, hari ini.

perak-today-6

 

Majlis yang dianjurkan oleh jawatankuasa Pertubuhan Wanita Prihatin Perak (PWPP) tersebut bermula kira-kira jam 9 pagi.

perak-today-1
Pengerusi PWPP, Datin Normah Hanum Ibrahim

Pengerusi PWPP, Datin Normah Hanum Ibrahim berkata, program yang buat julung diadakan oleh PWPP itu melibatkan pelbagai pihak.

“Dalam masa yang begitu singkat kita dapat gabungkan pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya yayasan pendidikan dan sukarelawan muslim.

“Ini adalah selari dengan program World #QuranHour iaitu bacaan Al-Quran secara berkumpulan yang dijalankan serentak di seluruh dunia dengan menghabiskan 30 juzuk Al-Quran dalam masa satu jam,” katanya.

perak-today-4Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan selepas turut bersama-sama menyertai tadarus Al-Quran tersebut.

Normah turut mengucapkan terima kasih dan tahniah diatas penyertaan daripada semua pihak yang terlibat.

perak-today-5

Terdahulu, peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan golongan wanita telah hadir seawal jam 8 pagi untuk turut serta dalam program berkenaan.

Antara pengisian lain bagi program World #QuranHour di sini adalah takzkirah daripada Imam Muda Masjid Gopeng, Ustaz Mohammad Azri Naim Mohd Kamal dan turut diadakan solat Dhuha secara berjemaah.

perak-today-3 perak-today-2 perak-today-7 perak-today-8 perak-today-9

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");