Sukan Hari Ini

4 atlet Sukma gagal ujian doping

EMPAT pemenang pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak disahkan gagal ujian doping dijalankan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) dari 20 hingga 30 Julai lalu.

Empat atlet berkenaan yang tidak dinyatakan nama adalah dua atlet memanah yang dikatakan mengambil bahan terlarang jenis sibutramine serta masing-masing seorang atlet angkat berat (anabolic steroids) dan tinju (diuretics).

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang kecewa dengan perkara itu, memaklumkan identiti empat atlet berkenaan hanya akan didedahkan setelah atlet terbabit menerima surat rasmi daripada Adamas.

“Persatuan sukan kebangsaan yang bertanggungjawab memaklumkan nama atlet terbabit. Kita memberi tempoh kepada atlet terlibat sehingga 15 Oktober ini untuk membuat pengakuan atau mencabar sampel B.

“Selepas 15 Oktober, kita akan mengadakan sesi pendengaran untuk mendapatkan penjelasan atlet itu sendiri sebelum menghantar laporan kepada Yang Berhormat Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sukma,” katanya pada sidang media khas, semalam.

Beliau berkata, kesemua atlet berkenaan berdepan hukuman penggantungan empat tahun sekiranya didapati bersalah mengambil bahan terlarang tersebut selaras dengan kod Wada. -Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");