Berita Hari Ini

45 Dun Kelantan gotong-royong, penularan Zika

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menyarankan 45 Dun di negeri ini memantau, meneliti dan menjalankan aktiviti gotong-royong bagi mengelak penularan wabak Zika.

Exco Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, Dr Ramli Mamat berkata, walaupun negeri ini bebas daripada wabak tersebut, namun itu bukan alasan untuk semua pihak berdiam diri dan tidak melakukan langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian.

“Buat masa ini kita sudah arahkan 45 Dun tersebut untuk bersihkan kawasan rumah, taman dan secara keseluruhannya bagi memastikan faktor-faktor yang membawa kepada wabak Zika dan denggi dapat dicegah,” katanya kepada media di sini.

Beliau ditemui ketika hadir ke program World #QuranHour di Stadium Sultan Muhammad IV di sini.

Beliau memberitahu, semua pihak terutamanya agensi kerajaan dan NGO seharusnya mengambil langkah awal dan berganding bahu bagi melaksanakan pelbagai skop pencegahan penularan wabak tersebut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");