Perak Hari Ini

6 Kuari di Perak Catat Status Pengurusan KKP Baik

IPOH: Enam daripada 81 syarikat kuari yang terdapat di negeri ini telah mencatat prestasi yang baik dari segi status pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan KKP (JKKP) negeri, Ir Mohamad Razak Ismail berkata, ia adalah hasil audit berterusan yang dilaksanakan oleh pihaknya bagi memastikan pematuhan dalam aspek KKP.

“Selebihnya iaitu dua kuari atau tiga peratus mencatatkan status sederhana, 51 (62 peratus) kurang baik dan 22 kuari (27 peratus) lagi berstatus lemah.

“Manakala pada tahun 2016, daripada 40 kuari yang telah diaudit permulaan, sebanyak tiga kuari mempunyai status pengurusan KKP yang baik (Gred A dan B), 11 sederhana (Gred C); 16 kurang baik (Gred D) dan enam lemah (Gred E),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Pengkuarian Peringkat Negeri Perak di MH Hotel di sini, hari ini.

4-2

Hadir sama, Ketua Seksyen Penguatkuasaan JKKP Perak, Mohd Norhafiz Ibrahim dan Pengerusi Persatuan Kuari Negeri Perak, Choong Sook Kian.

Tambahnya lagi, daripada pemeriksaan dan operasi yang dilaksanakan pada tahun ini, JKKP Perak telah mengeluarkan sebanyak 62 surat arahan, 90 notis Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP), 11 notis Akta Kilang dan Jentera (AKJ) dan satu kes pendakwaan.

“Ia merangkumi pelbagai kesalahan termasuklah jentera berputar tidak dihadang dan mempunyai sijil Perakuan kelayakkan (CP), tidak melaporkan kemalangan kepada JKKP, tidak mempunyai sistem kerja selamat dan tiada program ujian audiomentrik kepada pekerja.

“Secara keseluruhannya, kebanyakan syarikat-syarikat mematuhi arahan daripada JKKP berikutan sebanyak 90 notis AKKP dan 11 notis AKJ telah dibatalkan,” ujarnya.

2-2

Mohamad Razak berkata, ia menunjukkan bahawa kesedaran dan kepentingan KKP telah meningkat di kalangan pihak penguasa kuari sekaligus mencapai budaya kerja yang selamat.

Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat pelbagai permasalahan yang berlaku di kuari yang menjadi punca pekerja terdedah kepada bahaya yang boleh membawa kepada kemalangan atau penyakit.

“Antaranya adalah majikan tidak menyediakan Sistem Kerja Selamat (HIRARC, SOP dan arahan kerja selamat) yang melibatkan kerja berisiko tinggi di kuari, kurang menyediakan dan memberi latihan KKP kepada pekerja serta tidak menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE).

“Selain itu, masalah yang turut berlaku adalah jentera yang beroperasi di kuari tidak diselenggara dengan baik dan berkala sehingga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan,” tegasnya lagi.

Justeru, beliau berkata pelaksanaan seminar seperti ini mampu meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan amalan baik KKP kepada pengusaha industri kuari secara menyeluruh melalui ‘OSH Engagement’ antara pihak kerajaan, Persatuan Kuari Negeri Perak, majikan serta pekerja.

“Tujuan utama seminar ini adalah berkongsi berkaitan isu-isu KKP di sektor kuari dan pendekatan halatuju OSHMP 2020 adalah sangat signifikan dalam membudayakan kerja selamat dan sihat.

“Ianya adalah langkah proaktif majikan bagi mengelakkan berlakunya kejadian kemalangan dan penyakit di tempat kerja,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");