Berita Hari Ini

Ada banyak cara bangkitkan isu selain menulis

SHAH ALAM – Undang-undang yang mengongkong wartawan sehingga tidak boleh menulis terlalu sedikit di negara ini.

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A.Kadir Jasin berkata, wartawan mempunyai pelbagai cara untuk membangkitkan, mengetengahkan mahupun mendedahkan isu.

“Kalau kita kata, ‘saya tak boleh menulis mengenai laporan Ketua Audit Negara kerana dokumen itu di bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi 1972)’. Itu saya rasa jalan singkat.

“Dalam kewartawanan, kita boleh tanya soalan. Bertanya itu tidak menjadi kesalahan. Jadi, kita tanyalah soalan,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas Wacana Sinar ke-42 : Merdekakah Media Kita?, di sini, semalam.

Menurutnya, wartawan harus mempunyai kecekapan, penguasaan bahasa dan ilmu yang luas supaya mampu melihat lorong mana yang boleh dilalui dan di mana sekatan-sekatannya.

Ketika diminta mengulas soal kewibawaan media di negara ini, beliau berkata, ia perlu dibantu kerajaan agar ia dapat dilihat oleh masyarakat.

“Kalau kerajaan mahu media menyampaikan maklumat kepada masyarakat, media itu harus berwibawa jadi, tugas kerajaan untuk membantu agar masyarakat melihat media itu berwibawa.

“Apabila media berwibawa, apa yang kerajaan ucapkan dan disiarkan oleh media akan menjadi turut berwibawa. Jadi, kalau kerajaan mengherdik media dan kemudian mengharapkan orang percaya kepada media, itu sudah bertentangan dengan logik,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");