Membawang Hari Ini

Ain AF8 berkahwin pada 10 September ini

KUALA LUMPUR: Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 29, memilih tarikh 10 September ini bagi mengakhiri zaman bujangnya bersama lelaki pilihan, Najib Ali.

Majlis pernikahannya bersama duda beranak dua itu akan dilangsungkan di sebuah hotel di Tuaran, Sabah, selepas Asar. Pada 18 September pula, pasangan berkenaan bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Bukit Damansara, di sini.

Pada majlis terbabit, Ain buat julung kali akan turut memperdengarkan lagu terbaharu ciptaannya yang belum berjudul, sebagai hadiah untuk bakal suami.

“Lagu itu menjadi single ketiga saya. Ia ditulis sendiri oleh saya pada 2010, ketika menyertai AF9. Lirik lagu itu asalnya lebih berkisar pada kesedihan emosi. Bagaimanapun, apabila ia hendak dijadikan hadiah buat bakal suami, saya menukar liriknya supaya lebih sesuai dengan situasi. Lagu itu kini bercerita mengenai penghargaan terhadap lelaki yang hadir dalam hidup kita dan bagaimana kita menghargainya.

“Lagu berentak balada itu turut mendapat sentuhan Faizul Sany (AF2013) dari segi susunan muzik. Jadi, selepas selesai majlis perkahwinan nanti, saya akan mula mempromosikan lagu terbabit,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Mengenai majlis perkahwinannya nanti, Ain memberitahu, sehingga kini persiapan sudah pun hampir sempurna.

“Sepatutnya saya berkahwin pada tahun lalu, tetapi biasalah, kita hanya merancang tetapi Tuhan juga yang menentukannya. Majlis perkahwinan kami nanti pun diadakan secara sederhana saja,” katanya yang pulang ke Sabah sejak bulan lalu bagi melakukan persiapan akhir.

Pasangan ini bertunang pada November 2014. Selain mereka, pasangan pelakon, Nazim Othman dan Bella Dally, juga akan berkahwin pada 10 September ini, di Kota Kinabalu, Sabah.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");